Wednesday, October 29, 2008

Dipaksa kutip derma

Oleh Sarah Zulkiflisarah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya disebabkan terdesak ingin mendapatkan pekerjaan dengan gaji lumayan, seorang siswazah mendakwa ditipu sebuah syarikat pengiklanan dan pemasaran apabila dipaksa 'meminta sedekah' di beberapa restoran di Taman Kuchai Lama di sini.Mangsa dikatakan diberikan fail yang mengandungi dokumen sebuah pertubuhan kebajikan dan resit pembayaran oleh dua kakitangan yang bertindak sebagai 'penjaga' sebelum diminta menagih simpati orang ramai untuk menderma. Wanita berusia 20-an yang enggan dikenali itu berkata, dia berminat menghadiri temuduga di syarikat terbabit selepas membaca iklan di sebuah akhbar, seminggu lalu."Selepas membaca iklan, saya terus menghubungi syarikat berkenaan yang beroperasi di Cheras serta diberitahu mengenai jawatan ditawarkan termasuk sebagai kru acara dan pengurus acara," katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, dia lulus temuduga pertama di syarikat itu sebelum menjalani temuduga kedua.

"Ketika lulus temuduga pertama, mereka langsung tidak menyebut mengenai jualan langsung sebelum saya benar-benar terkejut pada Selasa lalu ketika dibawa ke Taman Kuchai Lama. "Dua pekerja itu meninggalkan saya di sebuah restoran di situ dengan diberikan fail yang mengandungi dokumen pertubuhan kebajikan sebelum diminta mendapatkan wang kutipan derma," katanya. Mangsa berkata, dia tidak menyangka disuruh meminta derma sedangkan niat asalnya memohon jawatan lain seperti diiklankan dalam akhbar.Menurutnya, disebabkan terlalu kecewa, dia pergi semula ke pejabat syarikat berkenaan dan diberitahu kakitangan di situ mengenai kegiatan penipuan yang dilakukan mereka. Wanita itu berkata, dia kemudian membuat laporan di balai polis mengenai kegiatan penipuan syarikat

Cip MyKad gagal

Cip MyKad gagal diselidikiOleh Maiamalina Mohamed Aminmaiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: "Ini kes penipuan pertama saya dengar mengenai warga asing boleh buat pinjaman bank," kata Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamad ketika ditanya mengenai kesengsaraan seorang lelaki tempatan selepas identiti dan maklumat peribadinya disalah guna seorang lelaki warga Bangladesh.Menurutnya, tiada kes penipuan seumpama itu dilaporkan kepada Jabatan Imigresen, malah pihaknya setakat ini banyak mengendalikan kes penipuan berkaitan pemalsuan kad pengenalan oleh warga Indonesia untuk bekerja di Malaysia sebagai rakyat tempatan.Katanya, daripada ratusan kes penipuan yang dikendalikannya, tiada satu pun dilapor membabitkan membuat pinjaman di tiga bank bagi membeli kenderaan, justeru ia amat memeranjatkan."Saya terkejut macam mana dia boleh meminjam di bank sedangkan kad pengenalan atau MyKad kita walaupun diklonkan, ia tetap tidak boleh meniru maklumat dalam cip kerana sudah disertakan perlindungan keselamatan bagi perkara sebegini.

"Bermakna kalau dia sampai boleh buat pinjaman, maklumat dalam cip MyKad tidak diperiksa betul-betul sebaliknya hanya gambar serta maklumat luaran saja yang dilihat dan diteliti pihak berkenaan," katanya, semalam.

Bagaimanapun, Ishak berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa warga Bangladesh terbabit atas tuduhan menipu kerana tiada akta diperuntukkan kepada Jabatan Imigresen selain ia terletak di bawah bidang kuasa pihak polis.Namun, katanya, Jabatan Imigresen boleh mengambil tindakan lain ke atas warga Bangladesh itu sebaik dia diserahkan kepada jabatan berkenaan selepas selesai menjalani hukuman atas tuduhan menipu."Kita tidak boleh kenakan tindakan atas tuduhan menipu buat pinjaman kerana tidak mempunyai akta berkaitan, namun boleh bertindak dengan menghantarnya pulang termasuk mengharamkan dia jejak ke Malaysia, itu pun selepas dia diserahkan kepada imigresen," katanya.Beliau turut menjelaskan akan menyiasat kes penipuan warga Bangladesh itu sekali gus meneliti laporan dibuat ke atasnya bagi mengelak lebih ramai rakyat tempatan menjadi mangsa selain tidak mahu ia berlanjutan sehingga menjadi taktik penipuan baru warga asing.Selain itu, katanya, bagi mengetahui status penipuan warga Bangladesh itu, mangsa boleh mendapatkan maklumat dari balai polis di mana penjenayah terbabit dihantar untuk tindakan selanjutnya.Metro Ahad semalam melaporkan Mohd Ismail Sulaiman, 35, terpaksa menanggung hutang RM100,000 akibat penipuan lelaki Bangladesh berkenaan.

Seminar kesihatan tipu

Seminar kesihatan tipu pelanggan Oleh Siti Fatimah Hassansfhassan@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Sebuah pusat perubatan swasta dikesan cuba mencari untung atas angin dengan menggunakan taktik menganjurkan seminar kesihatan sebagai cara memerangkap orang ramai membeli pakej pemeriksaan kesihatan bernilai hampir RM10,000.Pada mulanya mangsa hanya menerima panggilan telefon dari pusat terbabit untuk jemputan menghadiri seminar mengenai pemeriksaan imbasan kesihatan dan kemudian mereka 'dipujuk' menyertai pakej bernilai RM7,100 bagi tempoh lima tahun.Mangsa yang dikenali sebagai Wong, 40, berkata dia hanya bersetuju menghadiri seminar itu, namun terperangkap dan diminta membayar deposit RM450 dan bayaran bulanan RM138.50."Saya membayar deposit melalui kad kredit, tetapi menurut pusat perubatan itu, baki selebihnya mesti dibayar menggunakan kad kredit bank lain menyebabkan saya terpaksa mengisi beberapa borang persetujuan.

"Namun, dua bulan selepas itu, saya tidak mendapat apa-apa maklumat kerana langsung tidak dihubungi. Saya juga terkejut apabila bank menghantar faksimili salinan penyata kad kredit selama dua bulan selain menyedari pembayaran itu hanya untuk tiga bulan dan bukan empat bulan seperti dipersetujui dalam perjanjian," katanya.

Selepas menyedari dia ditipu, Wong cuba membatalkan pembayaran menerusi kad kredit itu, namun gagal. Ketika mendedahkan perkara itu, Eksekutif Aduan dan Penyiasatan, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Yesotha Balakrishnan (gambar) berkata, kegiatan pusat perubatan terbabit boleh dipertikaikan berikutan cubaan menjalankan perniagaan sampingan di luar premis mereka.Katanya, sesebuah pusat perubatan tidak sepatutnya menjalankan promosi pasaran kerana ia menyeleweng daripada fungsi sebenar mereka."Mereka menawarkan perkhidmatan imbasan yang tidak perlu termasuk imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan Mesin Imbasan Imejan Magnetik (MRI) sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mendapatkan untung mudah selain menyebabkan mangsa memohon kad kredit baru," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.Yesotha berkata, sehingga kini pihaknya belum dapat menyelesaikan kes itu berikutan Biro Pengantara Kewangan (FMB) tidak dapat membantu kerana penipuan itu tidak membabitkan institusi kewangan."Sebelum itu mangsa merujuk kepada Bank Negara yang mengatakan dia akan disenaraihitamkan. FMB juga tidak dapat membantu kerana di luar bidang kuasanya."Lazimnya, mereka yang terbabit dalam penipuan menawarkan pakej khidmat kesihatan ini mensasarkan golongan tertentu sebagai mangsa dan kami menasihatkan orang ramai berhati-hati terutama ketika ditawarkan menghadiri sebarang seminar tertentu," katanya.

SMS hilangkan duit bank

KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata. Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian ( online ) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'. Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank. "Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam. Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut. Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935. "Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya. Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel.. Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal. Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park , Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank. Fwdkan email ini pada kawan2 supaya mereka tidak akan menjadi mangsa?

Friday, October 17, 2008

Jauh dimata dekat dihati - Nurin

KETIKA seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Bapa dengan penuh keriangan dan keterujaan pada 15 Jun lalu, ada segelintir golongan bapa yang meraikannya dalam suasana sederhana.
Bagi bapa yang tidak pernah mengalami kehilangan anak, sambutan Hari Bapa cukup diungkap dengan sebaris ucapan penghargaan atau menerima hadiah sebagai tanda ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada anak-anak tersayang.
Kemeriahan itu hakikatnya menjadi hasrat dua bapa, Mohd Nashar Mat Hussain dan Jazimin Abd. Jalil untuk meraikannya bersama kesemua anak-anak? Namun, itu adalah sesuatu yang mustahil buat mereka.
Ini kerana Jazimin telahpun menerima takdirnya iaitu kematian anak comelnya, Nurin yang dibunuh kejam oleh individu yang tidak berhati perut.
Mohd Nashar pula masih berikhtiar mencari Sharlinie yang hilang dan tidak dapat dikesan sehingga kini.
Kosmo! mengupas kembali karakter si anak kecil itu ketika kali terakhir berada di sisi bapa-bapa mereka.
Ditatang bagai minyak yang penuh dan dibelai dengan penuh kasih, tiba-tiba anak kecil ini hilang dari dakapan sang ayah, tanpa khabar berita.
Hati insan mana yang tidak terkilan kehilangan anak yang sekian lama membesar di hadapan mata sendiri. Tangisan kecil, gelak tawa dan gembira si anak, sentiasa dijadikan pengubat rindu saat terkenang kembali waktu bersama.
Penantian suatu penyeksaan...Kehilangan Sharlinie Mohd Nashar hanya tinggal lima hari lagi untuk genap setengah tahun. Apa yang peritnya ialah tiada khabar berita tentang penemuannya.

Dalam kesedihan itu, Mohd Nashar tetap mengumpul semangat tatkala diajukan soalan tentang Sharlinie.
UNTUK melepaskan rindu, baju-t kepunyaan Sharlinie ditatap pada setiap hari.
Bercerita mengenai pertama kali memberikan nama Sharlinie membuatkan Mohd Nashar ketawa kecil saat terkenang semula detik indah bergelar bapa kepada dua cahaya mata ketika itu.
"Masih terngiang lagi di ingatan saya sewaktu Sharlinie dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, pada 30 Januari 2003, pukul 7.58 malam. Ketika itu, ibunya dimasukkan ke hospital sehari lebih awal memandangkan dia sudah terasa sakit untuk melahirkan.
"Masih terngiang-ngiang di fikiran saya sewaktu Sharlinie dilahirkan. Bayi sudah keluar dari rahim tetapi selaput uri tertinggal di dalam menyebabkan ibunya terpaksa ditahan di wad sehari lagi.
"Sehingga hari kedua kelahirannya, Sharlinie tidak sempat diberi susu badan kerana ibunya ditahan di wad," ujar Mohd Nashar sambil bola matanya menjeling ke arah isterinya yang duduk di sebelahnya.
"Tentang pemilihan nama Sharlinie, ia tidak pernah terlintas di fikiran kami sepanjang tempoh kehamilan. Sewaktu hendak mendaftar surat beranak, barulah nama Sharlinie tiba-tiba terlintas di fikiran," katanya lagi.
Mempunyai berat 13 kilogram sebelum kehilangannya, Mohd Nashar berkata, Sharlinie gemar makanan berkuah atau bersup dan mi segera.
"Dia suka mi segera Maggi dan bihun sup. Sehingga kini, saya sentiasa terkenang saat Sharlinie menikmati hidangan yang digemarinya itu.
"Lebih terasa syahdu apabila melihat telefon bimbit mainan yang dijual di kedai runcit. Ini kerana dia asyik menyuruh saya membelinya setiap kali pergi ke kedai," kenangnya pilu.
Katanya, Sharlinie seolah-oleh memahami kesempitan kewangan mereka sekeluarga. Melihat raut wajahnya dengan percakapan yang sesekali tersekat-sekat, Mohd Nashar begitu merindui anaknya dan berharap anaknya itu ditemui dalam masa terdekat ini.

APA yang membantu mententeramkan jiwanya ialah menatap risalah kehilangan Sharlinie dan barangan miliknya.
Apatah lagi mengenangkan saat mereka bersama suatu ketika dahulu. Panggilan 'abah' dan 'ma' oleh Sharlinie sentiasa bermain di telinga mereka sehingga hari ini.
"Paling tidak dapat dilupakan apabila dia selalu menyanyi sambil berdiri di atas kerusi bersaiz kecil dan menjadikan tombol pintu rumah sebagai mikrofon.
"Lagu Aku Bukan Pencinta Wanita, nyanyian Irwansyah adalah lagu kegemarannya dan bait-bait lirik lagu itu sentiasa dilagukannya dengan lancar.
"Bayangkan, kanak-kanak seusia itu sudah pandai menyanyi dengan tutur kata yang lancar tanpa ada sesiapa yang mengajarnya. Apabila asyik sangat menyanyi, ibunya akan menegur Sharlinie supaya membaca buku. Dia tidak pernah ingkar setiap nasihat atau teguran yang dilemparkan," tambah Mohd Nashar.
Mengulas bakat lain Sharlinie, katanya, ketika berusia tiga tahun, dia sudah pandai menunjuk bakat dalam seni lukisan dan penulisan.
Sharlinie selalu menyuruh bapa dan ibunya membeli buku nota kecil atau buku 555. Dia akan melukis mengikut kreativiti dan pemahaman seorang kanak-kanak di helaian buku tersebut.
Bagaimana pula dengan sikap anaknya itu. Mohd Nashar berkata: "Sharlinie begitu payah untuk makan ubat kecuali saya yang memberikan kepadanya."
Tambahnya: "Sharlinie seorang kanak-kanak yang tidak boleh ditegur atau dimarahi. Apabila dimarahi, mulalah dia tidak mahu melakukan segala kerja yang disuruh.
"Sikapnya yang pandai merajuk dan tidak boleh diusik oleh kakaknya, membuatkan dirinya selalu ditegur," jelas Mohd Nashar.
Sebelum kehilangan Sharlinie, seluruh rakyat Malaysia terlebih dahulu berkongsi kesedihan dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak malang yang hilang selama lebih sebulan dan akhirnya ditemui kaku dalam keadaan menyayat hati.

Sememangnya, bukan itu bentuk pertemuan yang diharapkan oleh pasangan Jazimin dan Nurazian. Apa yang diharapkan tentunya Nurin atau Kak Ngah kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan sempurna.
Pemergian Nurin yang comel begitu menusuk perasaan dan akan dikenang untuk tempoh yang lama. Nurin pergi ke pasar malam setiap Isnin di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, suatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan baginya pada setiap minggu. Pasar malam itu terletak kira-kira 200 meter dari rumah pangsa dua bilik yang mereka sekeluarga diami.
"Kak Ngah seorang anak yang ringan tulang, senang dikejutkan dari tidur, tidak pernah ingkar arahan ibu bapa dan mudah menurut segala perintah berbanding adik-beradiknya yang lain." Begitulah kata-kata bapanya, di awal pertemuan.
KENANGAN dahulu tidak boleh disamakan dengan hari ini.
Sikapnya yang suka membantu membuatkan dirinya selalu mendapat 'tugasan' menukar lampin pakai buang adiknya.
"Di sekolah, dia diberi gelaran Paloma oleh rakan-rakan sekelasnya. Ini kerana dia gemar mengubah gaya rambut setiap kali ke sekolah, mendandan lipan, antara perkara yang selalu dilakukannya sebelum ke sekolah.
"Perkara lain yang selalu dilakukannya ialah 'bermain' dengan rambutnya. Setiap minit dan saat, dia sentiasa bermain-main atau membelai rambutnya yang bergulung di bawah," kata Jazimin.
Hati bapa mana yang tidak terasa pedih mengenangkan pemergian anak dalam sekelip mata, apatah lagi apabila dia ditemui dalam keadaan yang menyayat hati.
Sikapnya yang suka mempelbagai cara pemakaian tudung tanpa ada sesiapa yang mengajarnya menjadikan dia seorang kanak-kanak comel dan cerdik.
"Gemar berposing di hadapan kamera adalah karakter Nurin yang paling dikagumi. Masih terkenang diingatan saya, arwah selalu datang memeluk saya sewaktu sedang tidur. Perbuatan ini membuatkan saya teringat dan sedih apabila mengenangkan semula kenangan itu," luahnya.

Bercerita mengenai penyakit arwah, kata Jazimin, sewaktu usia Nurin mencecah tiga tahun, anaknya disyaki menghidap penyakit buah pinggang dan lelah.
"Pada mulanya, saya dapati seluruh anggota badannya membengkak dan arwah selalu melihat cermin menatap perubahan wajahnya.
"Kami ingat, dia alergi pada makanan dan membawanya ke hospital. Di hospital, doktor memberitahu yang dia menghidap penyakit buah pinggang yang tidak ketara dan akan sembuh apabila meningkat dewasa," tambah Jazimin yang pernah tidur di hospital sebanyak dua kali untuk menemani Nurin yang ditahan di wad.
HANYA gambar yang mampu mengubat rindu si bapa.
Kata Jazimin, kehidupan mereka sekeluarga kini tidak seceria dahulu. Dirinya dan isteri sentiasa mengingati saat bahagia ketika bersama Nurin.
"Kami reda dengan pemergiannya dan sehingga hari ini, kami kerap kali menziarahi pusara arwah setiap dua minggu sekali bersama adik-beradiknya yang lain," kata Jazimin dengan tenang

Episod baru bermula

Gerakan mahu keluar BN menyertai Pakatan Rakyat, MCA pula mahu Timbalan Menteri ke2, MIC pula mahu apa?. ...