Wednesday, October 29, 2008

Cip MyKad gagal

Cip MyKad gagal diselidikiOleh Maiamalina Mohamed Aminmaiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: "Ini kes penipuan pertama saya dengar mengenai warga asing boleh buat pinjaman bank," kata Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamad ketika ditanya mengenai kesengsaraan seorang lelaki tempatan selepas identiti dan maklumat peribadinya disalah guna seorang lelaki warga Bangladesh.Menurutnya, tiada kes penipuan seumpama itu dilaporkan kepada Jabatan Imigresen, malah pihaknya setakat ini banyak mengendalikan kes penipuan berkaitan pemalsuan kad pengenalan oleh warga Indonesia untuk bekerja di Malaysia sebagai rakyat tempatan.Katanya, daripada ratusan kes penipuan yang dikendalikannya, tiada satu pun dilapor membabitkan membuat pinjaman di tiga bank bagi membeli kenderaan, justeru ia amat memeranjatkan."Saya terkejut macam mana dia boleh meminjam di bank sedangkan kad pengenalan atau MyKad kita walaupun diklonkan, ia tetap tidak boleh meniru maklumat dalam cip kerana sudah disertakan perlindungan keselamatan bagi perkara sebegini.

"Bermakna kalau dia sampai boleh buat pinjaman, maklumat dalam cip MyKad tidak diperiksa betul-betul sebaliknya hanya gambar serta maklumat luaran saja yang dilihat dan diteliti pihak berkenaan," katanya, semalam.

Bagaimanapun, Ishak berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa warga Bangladesh terbabit atas tuduhan menipu kerana tiada akta diperuntukkan kepada Jabatan Imigresen selain ia terletak di bawah bidang kuasa pihak polis.Namun, katanya, Jabatan Imigresen boleh mengambil tindakan lain ke atas warga Bangladesh itu sebaik dia diserahkan kepada jabatan berkenaan selepas selesai menjalani hukuman atas tuduhan menipu."Kita tidak boleh kenakan tindakan atas tuduhan menipu buat pinjaman kerana tidak mempunyai akta berkaitan, namun boleh bertindak dengan menghantarnya pulang termasuk mengharamkan dia jejak ke Malaysia, itu pun selepas dia diserahkan kepada imigresen," katanya.Beliau turut menjelaskan akan menyiasat kes penipuan warga Bangladesh itu sekali gus meneliti laporan dibuat ke atasnya bagi mengelak lebih ramai rakyat tempatan menjadi mangsa selain tidak mahu ia berlanjutan sehingga menjadi taktik penipuan baru warga asing.Selain itu, katanya, bagi mengetahui status penipuan warga Bangladesh itu, mangsa boleh mendapatkan maklumat dari balai polis di mana penjenayah terbabit dihantar untuk tindakan selanjutnya.Metro Ahad semalam melaporkan Mohd Ismail Sulaiman, 35, terpaksa menanggung hutang RM100,000 akibat penipuan lelaki Bangladesh berkenaan.

No comments: